Nombor 1
Achilles Tendinitis
Apabila
tendon yang terdapat pada belakang bukulali (Achilles tendon) digunakan
dengan kerap, bengkak dan kesakitan akan berlaku, ia dinamakan sebagai acute Achilles tendinitis. Jika
keadaan tersebut dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjadi kronik dan
akan menyebabkan anda tidak mampu untuk berlari. Achilles tendinitis
adalah kecederaan yang kerap berlaku dikalangan atlet marathon dan atlet
acara balapan seperti acara lompatan dan larian.
Wong Choong Hann pernah mengalami Achilles Tendinitis semasa bertemu Park Sung-Hwan dalam Piala Thomas di Tokyo, Jepun. |
Rawatan dan hindar: Regangan
dan latihan bebanan untuk otot sekitar betis boleh membantu
menghindarkan berkalunya kecederaan pada Achilles tendon. Rehat, ais,
tekanan dan meninggikan (RICE), ubat anti keradangan dan menguatkan otot
betis (gastrocnemius dan soleus) adalah pilihan rawatan yang terbaik.
Elakkan terlibat didalam aktiviti sukan sehingga kecederaan benar-benar
pulih atau ia akan menjadi kronik.
Nombor 2
Concussion
Concussion
adalah kecederaan yang melibatkan otak dimana biasanya disebabkan oleh
impak atau hentakan pada kepala. Gejala yang boleh dilihat adalah disorientation (hilang kesedaran), gangguan pada penglihatan, sakit kepala, pening, amnesia(hilang ingatan sementara), hilang keseimbangan, sukar untuk fokus dan nausea(rasa hendak muntah).
Rawatan dan hindar: Jalan
terbaik menghindarkan concussion adalah mengelakkan diri dari sukan
tempur, tetapi ia mungkin bukan pilihan yang baik bagi sesetengah
individu. Jika anda terpaksa terlibat didalam sukan tempura tau sukan
yang memerlukan sentuhan badan(body contact) anda seharusnya lebih
berhati-hati dan menggunakan alatan keselamatan yang bersesuaian. Kadar
pemulihan adalah bergantung kepada individu dimana sekitar beberapa
minggu sehingga bulan.
Nombor 3
Groin Strain
Ketegangan
yang berlaku pada otot groin atau adductor. Otot seperti kipas yang
terletak pada bahagian atas peha yang membantu pergerakan menarik kaki.
Kecederaan ini biasanya berlaku akibat daripada tindakan menukar arah
secara tiba-tiba ketika berlari seperti didalam sukan bola sepak, hoki,
bola keranjang, sukan raket dan bola tampar. Gejalanya termasuklah sakit
yang menyucuk dan bengkak pada bahagian dalam peha.
Rawatan dan Hindar:
Seperti lain-lain kecederaan, untuk mengelakkan kecederaan groin adalah
melakukan regangan dengan sempurna sebelum bersukan. Juga, tingkatkan
intensity latihan secara berperingkat dan bukannya secara drastic.
Serta, lakukan latihan bebanan kepada bahagian otot-otot kecil di
kawasan kaki. Jika berlaku kecederaan, elakkan melakukan regangan ini
kerana otot telah cedera dan regangan boleh mengakibatkan kecederaan
menjadi lebih serius. Jika anda masih meneruskan latihan, elakkan
penggunaan otot groin dengan kerap serta letakkan ais pada pangkal peha,
peha dan hujung peha(berhampiran lutut).
Nombor 4
Shin Splints
Shin
splints adalah kecederaan yang dirujuk pada kecederaan dibahagian dalam
tulang kering anda(tibia) yang mengakibatkan bengkakan pada otot
sekitar tulang tersebut. Kecederaan ini selalunya akan berlaku kepada
mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal tetapi melakukannya secara
mengejut. Ia juga berlaku kepada mereka yang meningkatkan intensity
latihan secara mendadak mengakibatkan otot sekitar menjadi terkejut dan
bengkak. Selain itu, ia juga berlaku kepada mereka yang menggunakan
kasut tapak keras atau berlari atau melompat pada permukaan yang keras.
Rawatan dan Hindar: Pemakaian
kasut yang sesuai adalah kaedah yang terbaik dalam mengelakkan shin
splints. Selain dari itu, lakukan latihan cross training, regangan dan
tidak meningkatkan intensiti secara mendadak adalah kaedah yang patut
dilakukan. Sebagai rawatan, ais, regangan, ubatan anti keradangan serta
urutan sukan adalah kaedah rawatan yang terbukti berkesan.
Nombor 5
Lower Back Pain
Walaupun kecederaan belakang adalah kurang berlaku berbanding kecederaan lain bagi atlet, ia biasanya boleh memberi kecederaan kepada pelumba lari, pelumba basikal, pemain golf, tenis dan baseball. terdapat pelbagai jenis kecederaan belakang antaranya adalah, pembengkakan pada disk, otot bergerak sendiri(spasms) dan kesakitan sehingga ke kaki dikenali sebagai sciatica, punca utama kepada kesalahan melakukan regangan. Dikalangan pelari, jika berlaku walaupun sedikit ketidakseimbangan pada kaki boleh menyebabkan kecederaan belakang.
Nombor 5
Lower Back Pain
Walaupun kecederaan belakang adalah kurang berlaku berbanding kecederaan lain bagi atlet, ia biasanya boleh memberi kecederaan kepada pelumba lari, pelumba basikal, pemain golf, tenis dan baseball. terdapat pelbagai jenis kecederaan belakang antaranya adalah, pembengkakan pada disk, otot bergerak sendiri(spasms) dan kesakitan sehingga ke kaki dikenali sebagai sciatica, punca utama kepada kesalahan melakukan regangan. Dikalangan pelari, jika berlaku walaupun sedikit ketidakseimbangan pada kaki boleh menyebabkan kecederaan belakang.
No comments:
Post a Comment