Saya kongsikan sedikit basic strokes untuk sports massage kepada anda semua. Semoga bermenfaat. Sports massage boleh dipraktikkan kepada sesiapa sahaja dan bukan hanya kepada atlet. Anda cuba anda akan rasa menfaatnya. Selamat mencuba.
Thursday, 28 April 2016
Wednesday, 27 April 2016
Kontraindikasi Kepada Urutan Sukan
Kontraindikasi adalah satu situasi dimana pelanngan tidak boleh diurut. Jika pelanggan menghadapi salah satu dari perkara atau gejala dalam kategori kontraindikasi mereka tidak sepatutnya diberikan urutan sukan kerana ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada pelanggan tersebut. Malah urutan juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk disebabkan oleh peningkatan suhu pelanggan semasa diurut.
Disini saya senaraikan beberapa gejala yang terdapat dalam kategori kontraindikasi terhadap urutan sukan.
Disini saya senaraikan beberapa gejala yang terdapat dalam kategori kontraindikasi terhadap urutan sukan.
Monday, 25 April 2016
Urutan Sukan Bagi Sakit Leher
Sakit leher biasanya dikaitkan dengan sakit salah bantal. Terdapat pelbagai cara untuk melegakan kesakitan jenis ini. Urutan sukan juga boleh digunakan untuk tujuan memulihkan sakit leher dimana fokus utama adalah terhadap otot yang terlibat terhadap kesakitan ini.
Jika
kita tengok kepada sudut saintifik, sakit salah bantal ini adalah
disebabkan terdapat perubahan "lokasi" sebahagian dari otot-otot kecil
yang terdapat disekitar leher dan bahu diakibatkan oleh postur badan
yang tidak betul dan bebanan yang dikenakan terhadap lokasi leher dan
bahu tersebut. Kesakitan yang anda alami adalah kerana keadaan abnormal
yang terjadi kepada otot tersebut.
Kecederaan
seperti ini bukan lah satu kecederaan yang serius tetapi ia akan
memberi kesan kepada rutin harian lebih-lebih lagi kepada atlet
contohnya atlet memanah yang memerlukan koordinasi kepala dan bahu yang
kuat dalam melakukan panahan.
Disini,
kami ingin berkongsi teknik-teknik yang perlu diambil bagi merawat
keadaan salah bantal ini. Ilustrasi yang kami gunakan adalah
gambar-gambar yang kami perolehi dari internet dimana kami telah
menyusun mengikut aturan yang betul dengan sedikit penerangan teknik
yang kami berikan.
Mula
dengan kita mengenali otot-otot suboccipital yang terlibat dalam
merawat kesakitan salah bantal ini. Bermula dengan otot Obliquus Capitis
Superior, Rectus Capitis Posterior Minor, Rectus Capitis Posterior
Major dan Obliquus Capitis Inferior. Kenalpasti kedudukan otot-otot
tersebut dan picit atau tekan di setiap otot kecil tersebut mengikut
turutan yang betul. Turutan yang betul adalah seperti gambar di bawah.
Seterusnya berikan tekanan kepada point-point seperti di gambar dibawah mengikut turutan yang dinyatakan. Tekanan selama 10 saat atau 2 kali pernafasan.
Dan seterusnya di otot Levator Scapulae iaitu otot yang terlibat dalam menggerakkan bahu. Tekanan yang sama selama 10 saat.
Seperti
kecederaan lain, sakit salah bantal tidak akan pulih dengan kadar
segera atau serta merta. Setelah anda diberikan rawatan urutan seperti
yang dinyatakan, anda akan merasai sedikit kelegaan pada kawasan yang
sakit dan perlahal-lahan ia akan pulih kebiasaannya dalam tempoh 2 jam.
p/s: klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Valsalva Maneuver: Bahaya yang anda tidak nampak.
Ada dikalangan kita
yang menjalankan latihan bebanan tetapi hanya menekankan matlamat untuk
meningkatkan kapasiti otot dan seterusnya melakukan latihan bebanan yang
melebihi daripada kemampuan sebenar. Apabila menjalankan latihan bebanan dengan
beban yang tinggi kesannya adalah anda akan terdedah kepada beberapa kecederaan
yang mungkin anda tidak sedari.
Valsalva maneuver adalah
keadaan yang sering berlaku semasa menjalankan latihan bebanan. Kesan kepada
keadaan ini adalah sangat merbahaya dimana usus anda mungkin akan mengalami
kecederaan atau boleh terbelit. Selain dari kerosakan pada jantung.
Apakah itu Valsalva
Maneuver?
Valsalva Maneuver
adalah keadaan dimana anda menigkatkan tekanan terhadap intrathoracic dengan
memaksa udara keluar melalui rongga udara yang tertutup. Dalam Bahasa mudahnya
adalah menahan nafas atau lebih mudah lagi meneran.
Keadaan ini sering
berlaku apabila anda cuba untuk mengangkat bebanan yang berat melebihi
keupayaan anda semasa itu.
Kesan Valsalva maneuver
dalam jangka masa pendek adalah boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami
kesukaran untuk bercakap, pening kepada dan boleh mengakibatkan pengsan. Bagi
kesan masa panjang pula, ia boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami stork
dan juga boleh mengakibatkan usus kecil tersimpul (hernia) dan seterusnya mati.
Hernia: Usus terkeluar menembusi otot abdominal diakibatkan oleh usus terbelit |
Jadi bagi sesiapa
yang sering menjalani latihan bebanan di gymnasium atau di mana sahaja
seharusnya lebih peka dengan gejala-gejala ini. Jangan disebabkan taksub untuk
mendapatkan bentuk badan yang sado dan kuat melebihi superman, anda mengalami
kesan sampingan yang lain.
Komponen Kecergasan Berlandaskan Kesihatan & Lakuan Motor
Komponen Kecergasan fizikal diklasifikasikan berdasarkan kesihatan dan lakuan motor.
a.Komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan adalah:
- Komposisi badan/kandungan lemak
- Kecergasan kardiovaskular
- Fleksibiliti
- Kekuatan otot
- Daya tahan otot
Setiap komponen ini berkait rapat dengan kesihatan yang baik serta mengurangkan risiko penyakit hipokinetik.
- Komposisi badan/kandungan lemak
Komposisi
badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang
membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak
yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian.
- Daya tahan kardiovaskular
Daya
tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardiorespiratori untuk
melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan
intensiti kerja yang ringan atau sederhana.
- Fleksibiliti
Fleksibiliti
membenarkan sendi atau sendisendi bergerak dengan licin dengan
rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan
sendi.
- Kekuatan Otot
Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
- Daya Tahan Otot
Daya
tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang
berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan
intensiti kerja yang ringan atau sederhana.
b. Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor.
Bagi
membolehkan individu terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti
sukan terutamanya sukan kompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikal
berdasarkan lakuan motor diperlukan. Komponen kecergasan fizikal
berdasarkan lakuan motor adalah:
- Kelajuan (Speed)
Kelajuan
adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat.
Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka
masa yang diberi.
- Ketangkasan (Agility)
Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.
- Kuasa (Power)
Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif.
Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.
- Imbangan (Balance)
Imbangan
adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh samada
semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).
- Masa reaksi (Reaction Time)
Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
- Koordinasi (Coordination)
Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.
Subscribe to:
Posts (Atom)